Monday, November 21, 2011

Ekstrak Tumbuhan Laut Taruhan Annisue

Pengasas Annisue, Suzana Khalek menunjukkan rangkaian produk yang dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KAJIAN terbaru menunjukkan bahawa tanda-tanda penuaan mula kelihatan pada kulit wajah seawal usia 20-an.

Penemuan moden tersebut bagaimanapun memberi kesan negatif di kalangan wanita apabila ramai sanggup berbelanja besar untuk mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit wajah.

Menurut pengasas produk kecantikan Annisue, Suzana Khalek, penuaan merupakan proses semula jadi bermula dengan kemunculan garisan halus dan kedutan pada beberapa bahagian muka.

Suzana Khalek (tengah) memperkenalkan rangkaian produk kecantikan daripada ekstrak laut menerusi Annisue.

“Saya pernah menjadi wanita itu, yang sanggup mengeluarkan wang banyak demi kecantikan. Saya tidak mahu menunggu sehingga saat akhir untuk membaik pulih kulit kerana ia mengundang kerugian,” katanya pada pelancaran rangkaian produk kecantikan Annisue di Grand Millennium Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selama bertahun-tahun memburu formulasi terbaik untuk menjaga kecantikan kulit, Suzana akhirnya menemui formula estrak tumbuhan laut yang mampu merangsang sel kepada transformasi untuk melahirkan sel kultur dikenali sebagai ‘callus’.

“Berbeza dengan produk kolagen lain, Annisue membekalkan stem sel daripada tumbuhan laut bagi memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan meningkatkan pertumbuhan kolagen secara semula jadi.

“Secara tidak langsung, proses ini menegangkan kulit kerana tumbuhan itu kaya dengan khasiat mineral, nutrisi dan asid amino untuk merangsang pembaharuan dan menjana sel baru serta memburu radikal bebas tanda suntikan,” jelas Suzana.

Menurut beliau, formulasi tersebut merupakan penemuan saintifik yang mendapat pengiktirafan Anugerah Teknologi dan Qualiti Antarabangsa 2007 di Geneva ke arah penambah baikan dalam industri dermatologi dan kosmotologi global.

Suzana memberitahu, Annisue membawakan pek percubaan yang mengandungi empat langkah asas iaitu membersih, menyegar, melembap dan krim kecantikan berkualiti mengikut standard penjenamaan Annisue.

Katanya, sebagai permulaan, Annisue membantu menggalakkan pertumbuhan sel baru pada masa sama melindungi wajah dan merawat kulit bermasalah hanya dalam tempoh seminggu.

Untuk kesan optimum, beliau menyarankan pengguna mendapatkan pati stem sel Annisue untuk menegangkan kulit wajah, mengurangkan garisan halus, kedutan dan menyegarkan wajah sepanjang hari.

Rangkaian produk kecantikan kolagen stem sel Annisue boleh didapati menerusi laman sesawang www.annisue.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: