Wednesday, November 16, 2011

Editor hiburan hangatkan Aktif 5

Rancangan hiburan Aktif 5 antara program berkonsep games yang dapat sambutan ramai. Malam minggu lalu program di TV2 itu mengundang lima editor dan wartawan senior sebagai pesertanya.

Gamat sungguh program itu apabila kesemua peserta menunjukkan `bakat' nyanyian, tarian, konduk muzik dan bermain muzik daripada bahan kegunaan harian. Bukan menunjukkan bakat sebenarnya, sebaliknya dipaksa menyanyi.

Yanie memang sedap suaranya, tapi dek kena nyanyi lagu Wulan terbantut sikit.

Alasan yang diberikan bila gagal menyanyi dengan baik ialah kepakaran mereka menulis bukannya menyanyi.

Namun demi hubungan baik yang terjalin dengan pihak penerbitan program itu yang selalu memberikan kerjasama kesemua peserta redah aja.

Editor majalah Mangga Shikin Hassan, Ketua Editor portal murai.com.my, Ellyna Ali, Editor majalah Media Hiburan, Min Taharim, Editor portal hiburan manggaonline.com.my, Rosli Manah dan wartawan hiburan senior Harian Metro, Yanie Baharom berentap kali ini.

Memandangkan rata-rata peserta bukanlah pakar dalam nyanyian, pihak penerbitan memilih lagu-lagu yang popular. Kebetulan minggu itu tema segmen nyanyiannya, retro.

Shikin mempersembahkan lagu Terbang Helang, Ellyna dengan Aku Sudah Jatuh Hati, Min dengan Teringin, Yanie dengan lagu dangdut Wulan dan Rosli kena nyanyi lagu Khayalan.

Sampai nak pecah perut juri malam itu penyanyi Fran mendengar dan melihat gelagat peserta yang kesemua dikenalinya kerana masing-masing pernah menemubualnya.

Fran turut mempersembahkan lagu Ku Keudara Lagi

Fran murah markah

Tu dia Shikin dengan tarian A Go Go... maaf terkeluar awal.

Nampaknya Fran tak kedekut markah kerana dia bermurah hati memberikan markah penuh melihat gelagat peserta yang selamba.

Bukan vokal yang jadi taruhan sebaliknya gaya selamba peserta. Segmen kedua pula memerlukan peserta menari A Go Go bersama penari. Selepas dua pusingan, Shikin menjadi peserta pertama tersingkir kerana mendapat markah terendah.

Shikin tak sedih sebaliknya bergembira sakan kerana seksaannya sudah berakhir. Memang pada awalnya masing-masing berharap akan menjadi perseta pertama yang tersingkir. Tapi sebenarnya bila dah masuk set barulah berasa keseronokannya.

Ia sebuah program santai dan tak ada tekanan sebagaimana program games show yang berkonsep kuiz. Apatah lagi kesemua peserta di kalangan kawan-kawan.

Empat lagi peserta mara dalam segmen konduk muzik dan segmen menggunakan bahan harian seperti baldi, kuali, sudip, chopstik dan balang biskut berisi pasir sebagai alat muzik.

Ellyana dan Rosli dengan aksi masing-masing.

Macam mana bunyi ketukan Yanie dan Min agaknya?

Segmen konduk muzik memang gamat kerana tukang konduk akan mengarahkan pemuzik untuk mempercepat atau memperlahankan rentak sambil seorang peserta lagi menyanyikannya.

"Wartawan ini nak cepat aja. Tak ada freezing," kata pengarah muzik, Sham Daud (gitaris kumpulan Success) bila diminta memberi ulasan oleh pengacaranya, Ahdan.

Rosli dan Ellyna berjaya ke final. Akhirnya Rosli mendapat markah tertinggi dan menjuarai program minggu itu. Pada pusingan akhir Rosli dan Ellyna dikehendaki membuat apa sahaja bakat lain yang ada pada mereka secara spontan.

Ellyna memilih menyanyi manakala Rosli mencuba bermain gendang. Walaupun paluan gendang yang berterabur, namun gayanya yang bersahaja dan bersemangat membuatkan Fran memberikan markah penuh iaitu 10 kepadanya.

Macam itulah gayanya bila pihak media hiburan muncul mengadakan persembahan. Sentiasa gamat dengan tawa. Penonton yang terdiri daripada pelajar Kolej Segi juga tidak kering gusi sepanjang persembahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: