PENUMPANG bot yang disyaki warga asing berjaya ditahan malam kelmarin.
MELAKA TENGAH: Pasukan keselamatan di sini, mematahkan cubaan menyeludup lapan warga asing ke Australia menerusi Indonesia, di perairan Selat Melaka kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Upeh, dekat sini, malam kelmarin.
"Semua warga asing berkenaan termasuk kanak-kanak warga Afghanistan berusia setahun enam bulan bersama ibu bapanya berusia 27 dan 29 tahun, dipercayai dalam perjalanan ke Indonesia sebelum dibawa ke Australia bagi tujuan mencari pekerjaan.
"Siasatan awal mendapati, mereka disyaki masuk ke Malaysia untuk diseludup ke Australia oleh pihak tertentu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, semalam.
Chuah berkata, empat awak-awak dan seorang tekong bot warga Indonesia berusia 30an disyaki menyeludup semua warga asing itu turut ditahan.
Selain itu, katanya, pasukan berkenaan turut merampas sebuah bot pancung bersama dua unit enjin sangkut masing-masing jenis Mercury 60 kuasa kuda dan Suzuki 40 kuasa kuda serta empat tong minyak petrol.
Mengulas lanjut, beliau berkata, dua bot PGM dan APMM diketuai Pegawai Pemerintah PGM Wilayah 2 Melaka, Inspektor Mohd Mashari Sathi dihantar melakukan intipan di perairan pulau berkenaan kira-kira jam 9.50 malam.
Chuah berkata, tidak lama selepas itu, pasukan berkenaan mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan.
"Ketika anggota berkenaan mengarahkan bot pancung itu supaya berhenti, tiba-tiba ia dipecut laju. Namun, selepas kira-kira 10 minit mengejar, akhirnya anggota kita berjaya menahan bot berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: