Sunday, November 13, 2011

Cawangan ke-7 Hj Sharin Low


Hj. Sharin Low dan isteri, Sofiah Chong Abdullah.


SEBUT tentang masakan Cina muslim, nama Hj Sharin Low pasti tidak dapat disisihkan oleh penggemar di ibu kota.

Bermula dengan Restoran Mukmin di Shah Alam, beliau mengembangkan cawangan ke Bukit Antarabangsa, Jalan Ampang, Sri Gombak dan seterusnya ke Klang menggunakan nama Restoran Hj. Sharin Low.

Keenakan hidangan dengan keaslian rasa membuatkan ia terus diburu peminat tegar, tambahan pula tidak banyak restoran yang menyediakan sajian sedemikian rupa.

Terbaru, beliau kini membuka cawangan restoran keenam di Sungai Merab, Kajang sejak awal tahun lalu dan ketujuh di Ipoh, Perak pada Ogos lalu. Dengan ruang yang lebih luas, cawangan di Sungai Merab mampu menampung lebih pengunjung pada bila-bila masa.

"Pembukaan cawangan yang keenam dan ketujuh ini membuktikan masakan Cina muslim sememangnya mempunyai penggemar tersendiri. Setiap cawangan restoran kami mempunyai hidangan signatur istimewa dan pilihan menu yang berbeza," kata beliau.

Antara hidangan istimewa cawangan Sungai Merab adalah sayur kou kee (sejenis pucuk yang digemari kaum Cina) dimasak bersama tiga jenis telur iaitu telur rebus biasa, telur masin dan telur 1000 tahun (century egg).

Jika di cawangan lain terkenal dengan udang sos labu dan udang mentega, cawangan Sungai Merab juga tidak kalah dengan udang sos krim yang cukup menyelerakan. Selain itu, terdapat sup lala istimewa, kupang sos volcanic, ikan kerapu stim dengan lobak masin dan manis serta ketam bersaiz XL yang dimasak dengan telur masin.

Bagi penggemar itik panggang, nikmati keenakan hidangan kegemaran anda tanpa rasa was-was di situ. Bukan mudah mendapatkan itik panggang halal kerana ia biasanya diusahakan oleh peniaga berbangsa Cina.

Restoran Keluarga Hj. Sharin Low Sungai Merab dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: