Thursday, February 3, 2011

Payah cari calon isteri -Boy Hamzah

Melihat kepada personaliti yang menarik, aktor muda kacak Boy Hamzah pasti mudah mencari wanita untuk didampingi. Pasti ramai yang mahu mendampingi pelakon yang pernah beraksi dalam beberapa filem panas ini.

Sememangnya dia ada ramai teman rapat di kalangan wanita. Tapi calon untuk dijadikan isteri belum ada. Di matanya calon untuk dijadikan isteri tidak sama dengan wanita untuk didampingi. Agaknya Boy ni jenis yang terlalu memilih bila tiba bab kahwin.

Aktor muda hot Indonesia

Sementelah usianya bakal menginjak 22 tahun pada 22 Februari ini. Boy ketika ditemui oleh Mangga Online di Jakarta baru-baru ini mengakui memiliki ramai teman wanita.

"Teman yang special memang ada ramai... tapi calon isteri belum ada lagi," kata Boy yang sedang sibuk di lokasi penggambaran sinetron bersiri Kemilau Cinta Karmila musim keempat yang akan ditayangkan tahun ini.

Pemilik nama penuh Boy Hamzah Notonegoro Mar'ie ini tidak meletakkan sasaran usia untuk bernikah sekiranya bertemu dengan wanita yang disukainya. Dia juga akan mencari sendiri calon dan tak setuju dengan konsep pilihan orang tua.

Terima adegan ranjang kalau sesuai skrip

Boy juga akui dirinya selesa berdamping dengan wanita yang lebih berusia, tetapi jaraknya biarlah sekadar kurang sepuluh tahun perbezaan. Apatah lagi dirinya kelihatan lebih matang berbanding usia.

"Saya tak ada masalah berdamping dengan wanita yang tua sedikit daripada saya, ia membatkan kita rasa lebih matang," kata Boy yang memiliki darah kacukan Arab, Tunisia, Belanda, Melayu dan Jawa ini.

Siapa Boy Hamzah?

Boy bukanlah nama baru dalam dunia seni, tatapi namanya mula dikenali selepas menjadi wajah kempen iklan jenama rokok Surya 12 Premium. Sebelum itu dia pernah berlakon, tapi tidak pernah diberi watak utama.

Selepas wajahnya menghiasi billboard, barulah undangan berlakon lebat datang kepadanya. Bila sebut nama Boy Hamzah, peminat akan mengaitkan dirinya sebagai model Surya sehingga hari ini.

Dia pernah menyertai produksi MD Entertainment, namun apabila tidak mendapat banyak watak, dia meninggalkan produksi besar itu dan menyertai produksi Frame Ritz pada tahun 2006 hingga 2009. Sekarang Boy bernaung di bawah SinemArt dan diuruskan oleh Glow Management milik Tata Liem.

Antara sinetron lakonannya termasuk Ketika Cinta Bertasbih, Nikita, Legenda Cinta Kemayuran, Surat Untuk Bidadari dan banyak lagi.

Digilai wanita...

Dia juga banyak berlakon filem antaranya, Coblos Cinta, Arisan Brondong, Setan Facebook, Tiran (Mati Di Ranjang) dan terhangat Dalam Mihrab Cinta yang hot hujung tahun lalu. Boy juga masih ada beberapa judul filem yang bakal ditayangkan tahun ini.

Boy juga akan mewakili Indonesia dalam Asia Fashion Awards di Beijing, China pada 18 Mac depan. Dia antara lima selebriti Asia yang terpilih selain bintang dari China, Singapura, Vietnam dan Taiwan.

Selesa watak hangat

Dalam beberapa filem lakonannya Boy antara pelakon yang sering beraksi hangat. Dia pernah bercium dan berlakon adegan ranjang di layar lebar.

"Saya tak ada masalah berlakon dalam aksi panas asalkan adegan yang dilakonkan itu sememangnya mengikut kehendak skrip. Saya pernah melakukannya dalam filem Arisan Brondong dan Tiran.

"Malah dalam filem terbaru saya, Misteri Hantu Selular ada adegan yang lebih hot yang menunjukkan saya dan pasangan macam berbogel. Sebenarnya dia pakai baju sendat dan saya berseluar.

"Adegan ini memang hot kalau tidak ditapis. Saya dengar pengarah mahu memotong adegan itu kerana saya sedang diingati dengan filem dan sinetron yang berunsur keagamaan. Mereka bimbang akan jadi isu kritikan.

"Bagi saya ia bukan masalah kerana saya hanya berlakon dan jalankan tanggungjawab saya sebagai pelakon untuk watak tersebut," kata Boy lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: