Saturday, February 12, 2011

Mogok di lapangan terbang Karachi


BEBERAPA anggota tentera mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto di Karachi semalam.


KARACHI - Syarikat penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) membatalkan semua penerbangan buat dua hari kedua berturut-turut semalam.

Pembatalan itu dibuat ekoran mogok pekerja termasuk juruterbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto di sini.

Mogok itu diadakan kerana mereka menentang cadangan PIA untuk berkongsi laluan penerbangan dengan syarikat penerbangan Turkish Airlines.

Pengurus-pengurus PIA berkata, idea berkongsi laluan penerbangan itu akan mengurangkan kerugian kewangan tetapi para pekerja bimbang ia akan menyebabkan pemotongan gaji dan pengurangan pekerja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: