Saturday, February 12, 2011

Law bukan punca Miller putus tunang


JUDE LAW dan Sienna Miller


LONDON - Aktor popular Britain, Jude Law tidak boleh dipersalahkan berhubung perpisahan mengejut dengan tunangnya, aktres Sienna Miller, menurut sumber keluarga aktor berkenaan.

Aktor berusia 38 tahun itu dan tunangnya yang berusia 29 tahun mengumumkan perpisahan mereka pada Selasa lepas sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kegagalan percintaan mereka.

Bagaimanapun kelmarin, sumber yang rapat dengan Law memberitahu sebuah akhbar Britain bahawa bintang filem The Aviator itu bukan punca perpisahan tersebut.

"Tidak adil untuk menuduh Law. Dia terkejut dengan apa yang telah berlaku," kata sumber berkenaan.

Menurutnya, perpisahan itu berlaku selepas Miller dipercayai intim dengan aktor, Joe Armstrong, yang berlakon bersamanya dalam pementasan teater terbaru, Flare Path.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: