Friday, February 18, 2011

Kisah Si Capik Kembali Di RTM2

Dari kiri Hetty Sharlene, Ery Putra dan Sheera Iskandar.

PETALING JAYA: Drama rantaian popular, Si Capik yang sememangnya sudah mendapat tempat di hati penonton sejak dua musim terdahulu bakal menemui penonton mulai 22 Februari depan.

Ia akan keudara pada setiap Selasa, pukul 9 malam di RTM2.

Mengekalkan barisan pelakon yang sama termasuklah Sheera Iskandar, Hetty Sarlene, Zack X-Factor, Datuk Aziz Singah, A Galak, Arpah Damanhuri, Fathil Dani dan Aznah Hamid, sepanjang 26 episod siarannya ini memaparkan kesinambungan di mana watak utamanya si capik berubah daripada sikap penyayang lemah lembut kepada seorang lelaki yang tegas dalam kehidupan.

Malah menerusi musim yang ketiga ini, konflik drama terbitan Skop Productions Sdn Bhd ini bertambah dalam watak utamanya, Reza dalam kehidupan seharian melibatkan hal kerjaya dan kehidupan sehariannya.

Kisahnya bermula apabila Reza mula berubah setelah dia memegang tampuk kepimpinan dalam menerajui syarikat Jaya Holdings setelah bapa mertuanya bersara.

Reza telah mengalami satu transformasi, dia mula bersikap ego dan tidak mudah mengaku kalah.

Kesabarannya terhadap Zahid telah bertukar menjadi dendam yang tiada penghalangnya.

Tindakan Zahid melanggar Nurul telah menyebabkan dia menanggung akibat atas perbuatan kejamnya dan dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun.

Dalam kesibukan Reza mengendalikan syarikat, dia terpaksa menghadapi tekanan besar kerana diburu Ah Long yang menuntut hutang berjumlah RM500,000 yang ditinggalkan Zahid sebelum dia dipenjaranya.

Kekecohan berlaku apabila 'Along' sering mengganggu Reza di pejabat dan di rumah. Namun begitu dia enggan bersetuju dengan perjanjian yang telah ditandatangani Zahid dengan 'Along' untuk melangsaikan hutang.

Perasaan benci dan dendam Reza terhadap Zahid kian membara ekoran bebanan hutang yang terpaksa ditanggungnya. Sudah hilang sifat 'lembut hati' dalam diri Reza yang sebelum ini sering mengalah dengan Zahid.

Dalam serba kekalutan, Mira yang telah diceraikan oleh Farish menjalani kehidupan dengan penuh kesedihan setelah perkahwinan mereka berakhir di pertengahan jalan.

Farish mengalami kecewa dan menyedari kesilapannya. Kerinduan terhadap Mira merupakan satu penyeksaan dalam dirinya. Sebagai sahabat sejati, Reza amat bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung Farish, dia sanggup menghulurkan bantuan membiayai kos rawatan perubatan kaki Farish hingga pulih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: