SERLAH KEAYUAN...busana kurung Riau amat sesuai digayakan bersama selendang.
FESYEN busana tradisional seperti baju kurung Riau atau baju kurung biasa memang sopan bergaya, menyerlahkan lagi santun wanita Melayu.
Rekaan yang tidak pernah lapuk dek zaman itu sehingga kini kekal menjadi pilihan wanita di negara ini untuk digayakan di pelbagai acara.
Biarpun tiada lagi ciri keaslian baju kurung seperti pesak dan kekek namun fesyen tradisional itu masih digemari dan mendapat permintaan tinggi
di kalangan wanita hari ini.
Andai mahu mencuba kelainan rekaan, butik Zaida’s Collection menawarkan koleksi baju Riau eksklusif yang menarik untuk dijadikan pilihan.Pemiliknya, Zaida Abdul Aziz berkata, koleksi yang dikete�ngahkan itu ialah fesyen baju kurung Riau yang didatangkan dalam fabrik kapas bercorak yang sukar ditemui di kedai lain.
Kata Zaida lagi, fabrik kapas sememangnya sesuai untuk rekaan baju kurung dan tidak terkecuali baju kurung Riau.
Katanya, pemilihan fabrik dan panel bercorak demikian memang paling cocok untuk rekaan baju kurung Riau, malah sejak dulu ia adalah antara ciri asas diutamakan apabila ingin mereka cipta busana tradisional itu.
“Fabrik daripada kain kapas sesuai sekali untuk rekaan baju kurung Riau kerana tidak terlalu lembut dan beralun seperti sutera atau satin.
“Jadi, apabila dipakai ia tampak terletak pada tubuh, sekali gus menyerlahkan keanggunan pemakai,” katanya.
Menurut Zaida lagi, apa yang menjadikan rekaan itu istimewa ialah kerana potongannya yang unik dan eksklusif berbeza dengan baju kurung biasa.
“Berbeza dengan pesak baju kurung biasa, kedua-dua tepi baju Riau mempunyai pesak kembang yang disambungkan kekek gantung.
“Bagaimana pun, tidak semua baju kurung sesuai dengan pesak dan kekek jenis berkenaan kerana ia hanya sesuai untuk baju kurung Riau saja,” katanya.
Koleksi baju kurung Riau yang disediakan Zaida’s Collection amat eksklusif kerana setiap rekaan amat terhad, hanya satu pilihan saja disediakan.
Ia amat berbaloi dengan wang yang dikeluarkan kerana busana yang dibeli tidak akan sama de�ngan orang lain.
Zaida berkata, dia mengetengahkan rona ceria dan terang termasuklah hijau dan merah yang sentiasa diminati.
Katanya, bagi memastikan koleksi itu berbeza daripada busana sedia ada, dia menggabung�kan padanan panel corak abstrak dan bunga-bungaan yang ternyata amat menarik untuk digayakan.
“Tidak mudah untuk menghasilkan busana berkenaan kerana tukang jahit perlu menjahit sendiri setiap helai rekaan.
“Jadi, padanan corak perlu dipastikan sesuai dan tidak sarat mata memandang.
“Tanpa dihiasi dan ditambahkan dengan sulaman manik atau labuci sekali pun, koleksi rekaan baju kurung Riau tetap menawan dan anggun untuk digayakan lebih-lebih lagi bersama selendang,” katanya.
Koleksi busana anggun itu boleh didapati pada harga RM329 ke bawah dan selain baju kurung Riau, Zaida’s Collection juga menyediakan baju kurung moden, selendang, tudung sedia pakai, baju kanak-kanak, baju Melayu serta kasual tanpa mengira peringkat usia.
Selain cawangan di Bangi Utama Shopping Complex (Warta) Bandar Baru Bangi, Zaida’s Collection juga boleh didapati di Tesco Seremban 2 selepas berpindah dari Alamanda, Putrajaya.
Rangkaian butik pakai siap itu juga dan bakal membuka cawa�ngan terbesarnya tidak lama lagi di Seri Bangi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: