Wednesday, February 9, 2011

Bekas besi jimat kos

UNIK...disebabkan bentuknya yang unik dan tinggi alas hantaran tidak lagi perlu dan tentunya akan lebih menjimatkan kos.
UNIK...disebabkan bentuknya yang unik dan tinggi alas hantaran tidak lagi perlu dan tentunya akan lebih menjimatkan kos.

SELAIN hiasan seperti reben, bunga dan barang hantaran, pemilihan bekas hantaran yang bagus, terkini dan berkualiti akan mempengaruhi keindahan hantaran yang dihasilkan.

Di pasaran terdapat pelbagai jenis bekas hantaran sama ada diperbuat daripada plastik, buluh, rotan, kayu, aluminium atau besi. Kesemua bekas ini direka dalam pelbagai bentuk seperti bulat, segi empat sama, segi tiga atau lebih moden rekaan seperti kerusi, bakul, meja dan basikal yang menggunakan teknik bertingkat atau berkaki.


Jika dahulu, penggubah hantaran lebih suka memilih bekas rotan atau buluh tetapi kini bekas diperbuat daripada besi dengan pelbagai bentuk menjadi pilihan.

Menurut Penyelia Pelanggan VR Star, Maryana Ahmad, bekas besi semakin mendapat tempat disebabkan bentuknya yang unik serta nampak versatil.

  • Foto

    BIASA...antara bekas hantaran berbentuk segi empat yang diperbuat daripada besi menjadi pilihan pelanggan yang inginkan konsep sederhana.

  • Foto

    BENTUK BASIKAL...bekas hantaran berbentuk basikal nampak unik dan lain daripada lain apabila dijadikan gubahan hantaran.

  • Foto

    BULAT...bekas hantaran berbentuk bulat selamat digunakan serta tidak terhad penggunaannya. Antara barang yang boleh diletakkan dalam bekas ini termasuk manisan, pakaian, kasut serta wangian.

Pusat pengantin VR Star menyediakan bekas hantaran mengikut keperluan pelanggan. Penggunaan bekas besi untuk hantaran semakin mendapat tempat kini disebabkan bentuknya yang lain daripada lain serta memberi kebebasan kepada penggubah menghasilkan gubahan pada hantaran.


"Misalnya, jaringan besi pada bekas hantaran membuka idea kepada penggubah untuk menghasilkan rekaan menarik menggunakan semua bahagian. Penggunaan bekas besi juga lebih menjimatkan kos kerana bentuknya yang besar dan tinggi, justeru alas dulang tidak perlu digunakan.


"Mereka hanya perlu menghiasnya mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu agar tampak semula jadi dan moden, penggunaan bunga sama ada bunga segar atau plastik akan menaikkan seri hiasan," katanya.Namun, harga bekas besi ini lebih mahal berbanding bekas lain. Justeru, biasanya mempelai gemar mencampurkannya dengan bekas diperbuat daripada kayu atau buluh dengan memilih warna tema sama ada putih atau hitam.


Selain menyediakan barang perhiasan pengantin seperti barang hantaran, cenderahati, bunga telur, reben dan manik, kedai ini juga mengambil tempahan gubahan hantaran menggunakan produk VR Star saja. Untuk tempahan, harga bergantung kepada bajet pelanggan bermula daripada RM200.

"Jika diikutkan pada zaman sekarang mana mungkin untuk mendapatkan satu set hantaran sama ada lima atau sembilan dulang dengan harga serendah itu. Tetapi kami faham perasaan pelanggan yang mahu menempuh hari bahagia dengan sempurna.

"Sebolehnya kami ingin menyempurnakan hasrat mereka," katanya.


Menurut Maryana, pemilihan kombinasi warna untuk hiasan amat penting. Ini kerana gabungan yang tidak sesuai akan menenggelamkan gubahan hantaran.

Kini, warna hitam dan putih mendapat permintaan paling tinggi daripada pelanggan selain rona keemasan yang memikat. Warna lain yang menjadi pilihan seperti merah putih atau merah hitam serta warna terang seperti jingga putih dan biru putih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: