Sunday, February 13, 2011

Bangunan mesra alam

CANGGIH... Menara Taiwan mengikut lakaran artis.
CANGGIH... Menara Taiwan mengikut lakaran artis.

PERKHIDMATAN Internet tanpa wayar menyeluruh, jalan raya hanya untuk kenderaan pengangkutan awam, tiada kereta, sampah atau pengeluaran karbon.

Ia bagaikan satu impian yang sukar dicapai pada masa depan tetapi tanpa disedari banyak pihak, situasi ideal itu sebenarnya sudah wujud.

  • Foto

    MENARA TAIWAN... di Taichung, Taiwan, pelantar pemerhati berisi gas helium dibina di luar menara dan kerja membangunkannya akan dimulakan tahun depan. Bangunan diilhamkan daripada bentuk pokok ini menggunakan tenaga solar dan air hujan yang dirawat. Bakal menempatkan pejabat, restoran, muzium.

  • Foto

    MENARA LONDON... turut dikenali sebagai The Shard dijangka siap tahun depan. Pada ketinggian 305 meter, ia menjadi menara tertinggi di Eropah dan menempatkan ruang pejabat, kediaman, restoran dan hotel.

  • Foto

    KAPSUL KONSEP... binaan Seascraper (atas) dibentuk untuk menahan arus kuat bagi mendapatkan sumber tenaga secara percuma, manakala Gyre (bawah) adalah menara akuatik yang mampu terapung di lautan. Ia boleh dijadikan pusat pelancongan atau stesen penyelidikan.

  • Foto

    TOKYO MASA DEPAN... cadangan pembinaan Piramid Bandar Mega Shimizu belum menjadi kenyataan kerana bahan binaan ringan untuk diapungkan di Teluk Tokyo belum berjaya dicipta.

  • Foto

    UNTUK PIALA DUNIA... Stadium al-Khor di Qatar akan menjadi lokasi pertandingan Piala Dunia 2022, menggunakan tenaga solar untuk menggerakkan penyaman udara bagi memastikan suhu berada di bawah 26� Celsius.

  • Foto

    STADIUM HIJAU... Stadium Olimpik Sochi di Russia direka bentuk seperti cengkerang dengan dinding dan bumbung menggunakan bahan yang mampu ditembusi cahaya pada siang dan diterangi lampu ketika malam. Ia akan digunakan pada 2014.

  • Foto

    REKA BENTUK MENARIK... di Paris, Perancis, pentadbir bandar raya itu mula membina bangunan tertentu supaya kediaman menjadi menarik walaupun tidak dibina di pinggir bandar.

  • Foto

    BERKEMILAU... Masdar City di Abu Dhabi akan dibuka sepenuhnya pada 2020 dan tiada kereta dibenarkan di sini, manakala hampir semua airnya dikitar semula.

Masdar City — terletak hanya beberapa kilometer dari Abu Dhabi — akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2020.

Mengikut pelan asal, bandar raya itu akan mengitar semula hampir semua air digunakan, selain kenderaan mengeluarkan asap diharamkan dan diganti dengan sistem pengangkutan berasaskan bateri.Langkah sama turut dilaksanakan di bandar Dezhou, utara China, yang mencipta ‘lembah suria’ apabila semua lampu jalan dan kolam renangnya dipanaskan hasil haba daripada matahari.Kira-kira 80 peratus daripada bangunan di situ juga memanfaatkan kuasa suria bagi memanaskan air.

Isu trafik pula memang satu daripada masalah terbesar di mana-mana bandar raya dalam dunia.

Di China, biasanya kerumitan itu cuba diatasi dengan penggunaan 50,000 basikal yang digunakan dalam skim perkongsian bersama.

Di Curitiba, Brazil, perkhidmatan bas Rapid Transit digunakan empat perlima populasi bandar itu melalui sistem prabayar.

Di Tallinn, Estonia, langkah kerajaan memberi akses Internet menyeluruh bagi membolehkan semua tempat awam, termasuk taman rekreasi, muzium, kafe dan kereta api, menjadi pusat sambungan ke dunia maya.

Bandar raya Minneapolis pula memiliki kawasan seluas hampir 95 kilometer persegi yang mempunyai sambungan Internet walaupun sesetengah penduduknya masih membayar bagi perkhidmatan berkenaan.

Kemudian, ada pula rancangan membina bangunan luar biasa oleh sekumpulan arkitek yang membayangkan sebuah dunia dipenuhi menara pokok, piramid terapung serta rumah yang dibina di atas air.

Sebahagian daripada reka bentuk paling menakjubkan turut dicadangkan dibina di Timur Jauh, dengan Jepun dan China bakal mendahului negara lain bagi mewujudkan sebuah model bandar bersih masa depan.

Pada masa sama, Britain juga berusaha ke arah itu. Bandar The Shard kini dibangunkan sebagai mercu tanda baru dan pusat pembangunan masa depan di South Bank.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: