Wednesday, February 9, 2011

Alif Satar Bawa Diri Ke Filipina

Walaupun tidak pernah menggenggam sebarang trofi kemenangan dalam setiap anugerah yang dipertandingkan sama ada dalam kategori popular ataupun terbaik, Alif Satar tidak pernah menganggap itu sebagai tembok untuk penghalang dia terus memperjuangkan bakatnya dalam bidang seni ini.
Menganggap masih belum mempunyai rezeki untuk menerima sebarang anugerah, Alif bagaimanapun tetap berusaha mencipta nama bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.
Digabungkan bersama seorang penyanyi kelahiran Filipina, Julia Abueva beberapa bulan yang lalu untuk merakamkan sebuah lagu berbahasa Inggeris, Timeless, Alif mahu mencuba nasib di Filipina pula.
Tidak kisah dikatakan kurang popular di Malaysia, alif yakin masih ada ruang untuk dia lebih dikenali satu masa nanti.
“Peminat saya lebih banyak kanak-kanak berbanding remaja dan orang dewasa, malah saya sendiri sedar, remaja agak sukar menerima kehadiran saya dalam industri ini termasuklah menerima muzik yang saya bawakan.
“Awal dahulu, ia memang agak mengecewakan, tapi keluarga banyak membantu saya terus kekal dalam industri ini. Sekarang saya bersyukur, walaupun hanya diminati kanak-kanak, tapi semangat setia mereka kuat, dan apabila semakin hari mereka membesar, mereka masih kekal meminati saya.
“Jadi peluang yang saya ada sekarang, saya gunakan dengan memperkembangkan muzik dalam setiap album baru. Kalau boleh tak mahu berkonsepkan muzik yang sama, dan saya mahu ia tampil dengan muzik yang matang, sesuai dengan usia peminat saya yang semakin meningkat,”ujar Alif.
Bergandingan dengan Julia Ebueva
Bergabung dengan penyanyi muda berusia 15 tahun dari Filipina, Julia Abueva, Alif kini bersedia untuk membawa kaki ke Filipina demi mempromosikan single terbaru mereka, Timeless.
“Saya tak pernah tahu tentang dia, malah sewaktu pertama kali mereka (pihak Sony Music) usulkan pada saya tentang projek ini, saya langsung tidak kenal siapa itu Julia Abeuva. Tapi, bila pertama kali berjumpa, saya agak malu untuk berbual dengannya.
“Bergabung dengan Julia adalah strategi pihak Sony untuk memasarkan produk saya ke negara itu, dan ini juga percubaan pertama saya untuk menembusi pasaran luar negara. Kami mengadakan rakaman lagu ini di Malaysia, namun jika tiada sebarang halangan, klip videonya akan di laksanakan di Filipina.
“Empat tahun saya dalam industri ini, saya perlu melahirkan sesuatu yang baru dan lebih daripada kebiasaan yang saya lakukan, kalau boleh saya tidak mahu terus berada di paras yang sama dalam jangka masa yang lama,”jelas Alif yang popular dengan lagu, Jangan Nakal.
Julia Pemalu tetapi Berbakat
Namanya begitu asing sekali di Malaysia, malah tidak keterlaluan jika dikatakan dia langsung tidak dikenali di negara ini.
Memiliki raut wajah yang cantik dan matang, ramai yang tidak menyangka pemilik nama Julia Roman Abueva atau Julia Abueva ini masih berusia 15 tahun.
Namanya mula meningkat naik di Filipina selepas dua singlenya, Awake dan Endlessy mula mendapat perhatian remaja di sana.
Peminat Malaysia yang mahu mengenali Julia, bolehlah menontonnya di You Tube.

Walaupun tidak pernah menggenggam sebarang trofi kemenangan dalam setiap anugerah yang dipertandingkan sama ada dalam kategori popular ataupun terbaik, Alif Satar tidak pernah menganggap itu sebagai tembok untuk penghalang dia terus memperjuangkan bakatnya dalam bidang seni ini.

Menganggap masih belum mempunyai rezeki untuk menerima sebarang anugerah, Alif bagaimanapun tetap berusaha mencipta nama bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Digabungkan bersama seorang penyanyi kelahiran Filipina, Julia Abueva beberapa bulan yang lalu untuk merakamkan sebuah lagu berbahasa Inggeris, Timeless, Alif mahu mencuba nasib di Filipina pula.

Alif gembira diterima sebagai pengacara

Tidak kisah dikatakan kurang popular di Malaysia, Alif yakin masih ada ruang untuk dia lebih dikenali satu masa nanti.

“Peminat saya lebih banyak kanak-kanak berbanding remaja dan orang dewasa, malah saya sendiri sedar, remaja agak sukar menerima kehadiran saya dalam industri ini termasuklah menerima muzik yang saya bawakan.

“Pada awal dahulu, ia memang agak mengecewakan, tapi keluarga banyak membantu saya terus kekal dalam industri ini. Sekarang saya bersyukur, walaupun hanya diminati kanak-kanak, tapi semangat setia mereka kuat dan apabila semakin hari mereka membesar, mereka masih kekal meminati saya.

“Jadi peluang yang saya ada sekarang, saya gunakan dengan memperkembangkan muzik dalam setiap album baru. Kalau boleh tak mahu berkonsepkan muzik yang sama, dan saya mahu ia tampil dengan muzik yang matang, sesuai dengan usia peminat saya yang semakin meningkat,” ujar Alif.

Bergandingan dengan Julia Ebueva

Bergabung dengan penyanyi muda berusia 15 tahun dari Filipina, Julia Abueva, Alif kini bersedia untuk membawa kaki ke Filipina demi mempromosikan single terbaru mereka, Timeless.

“Saya tak pernah tahu tentang dia, malah sewaktu pertama kali mereka (pihak Sony Music) usulkan pada saya tentang projek ini, saya langsung tidak kenal siapa itu Julia Abeuva. Tapi, bila pertama kali berjumpa, saya agak malu untuk berbual dengannya.

“Bergabung dengan Julia adalah strategi pihak Sony untuk memasarkan produk saya ke negara itu dan ini juga percubaan pertama saya untuk menembusi pasaran luar negara. Kami mengadakan rakaman lagu ini di Malaysia, namun jika tiada sebarang halangan, klip videonya akan dilaksanakan di Filipina.


Bersama Julia Abueva dan motosikal kuasa besar miliknya


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: