KUANTAN - Dua pasangan kembar dan kembar tiga antara 106 murid tahun satu yang memulakan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, hari ini.
Pasangan kembar berkenaan adalah Nur Damia Amani dan Nur Damia Amanina Abdullah Zainal, Ahmad Afif Ramadhan dan Ahmaf Afif Mubarah Ahmad Fadzli manakala kembar tiga Ainul Maria Ruya Shadiqah, Ahmad Adam Hiqadiyah Anbiya dan Ahmad Addin Nubuwah Anbiya Asim.
Guru Besar, Ahmat Bakar berkata, tahun ini sedikit istimewa kerana sekolah itu menerima pasangan kembar berkenaan.
Menurutnya, murid kembar berkenaan di tempat di dalam satu kelas bagi memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
“Setakat ini tiada masalah dan mereka mengikuti P&P dengan baik memandangkan sesi orientasi sudah diadakan sebelum ini.
“Bagaimana pun, bermula hari ini sehingga 20 Januari, proses transisi dijalankan untuk melihat keadaan murid sama ada dapat menyesuaikan diri atau tidak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Pendidikan Kuantan, Mohd Razali Mustafar yang meninjau perjalanan sesi persekolahan pada hari pertama.
Ahmat berkata, sepanjang tempoh transisi, kesemua murid tahun satu akan dipantau dan mungkin berlaku perubahan kelas berdasarkan penilaian dalam tempoh berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: