SIAPA sangka, kegemarannya terhadap aiskrim Baskin-Robbins memberi tuah buat pelakon, Amyra Rosli.
Masakan tidak, jika dahulu dia perlu membayar untu menikmati aiskrim itu, kini Amyra boleh mendapatkan aiskrim itu secara percuma setelah dilantik menjadi duta jenama itu.
Turut dikenali sebagai ‘First Pink Lady’ Baskin-Robbins, Amyra berkata, pelantikannya sebagai duta jenama aiskrim terkenal itu sebagai satu penghargaan.
“Ketika kecil dulu, aiskrim Baskin-Robbins adalah antara yang saya akan beli jika keluar. Dulu saya suka perisa coklat seperti Triple Chocalate tapi kini saya sukakan perisa Strawberry Cheesecake.
“Jadi apabila mereka menawarkan saya untuk menjadi duta, saya memang tidak berfikir panjang untuk menerima.
“Ia ibarat satu penghargaan besar buat saya menjadi duta mereka,” jelasnya.
Tidak hanya sibuk bergelar duta, Amyra berkata, dia akan cuba menyusun jadualnya yang padat sebaik mungkin tahun ini.
Selain perlu menumpukan perhatian kepada lakonan, isteri aktor Amar Baharin ini juga sibuk menghadiri kelas vokal bersama Amelia AF.
“Saya bukan dilahirkan sebagai penyanyi malah langsung tiada ilmu dalam bidang nyanyian, jadi saya perlu berusaha dengan belajar vokal dan sebagainya bagi memantapkan pengetahuan.
Amyra tidak menafikan ramai penyanyi hebat dalam kalangan artis kini namun dia tidak sedikit pun terfikir untuk menjadi popular seperti itu, cuma inisiatif yang dilakukan hanya untuk mengembangkan bakat diri sendiri.
Pelakon cantik ini juga baru sahaja tampil dengan single Kisah Cinta Kita ciptaan DJ Fuzz dan mengakui cukup istimewa kerana lagu duetnya bersama suami dan ada kaitan dengan kisah mereka.
“Saya tidak meletakkan sebarang target untuk lagu ini sebagaimana single pertama dulu. Biarlah peminat sendiri yang menilai sama ada mereka suka atau tidak lagu tersebut,” katanya
.