Wednesday, July 29, 2009

Leann buka mulut


DARI KANAN=LEANN dan Dean Shereme ketika bahagia.
KATE HUDSON
EDDIE CIBRIAN


LEANN RIMES akhirnya mengeluarkan kenyataan mengenai gosip yang mendakwa dia telah berpisah dengn suaminya, Dean Sheremet - bukan kepada media tetapi kepada peminatnya yang hadir menonton konsertnya di Utah, baru-baru ini.

Leann mengakui dia kini sedang merawat hati yang luka. Ikatan perkahwinan penyanyi itu mulai goyah selepas fotonya sedang bercium dengan aktor Eddie Cibrian di sebuah kelab malam di Los Angeles tersiar di akhbar-akhbar tabloid awal tahun ini.

Kedua-dua Leann dan Cibrian yang juga sudah beristeri bagaimanapun menafikan mereka curang terhadap pasangan masing-masing.

Namun, isu itu kembali panas apabila isteri Cibrian, Brandi Glanville baru-baru ini mendedahkan dia kini sudah berpisah dengan suaminya itu.

Leann dan Sheremet sebelum ini dilaporkan tinggal berasingan, namun kedua-duanya tidak tampil membuat pengesahan.

Namun ketika sedang menyanyi di pentas Dear Valley Music Festival di Utah baru-baru ini, Leann tiba-tiba berhenti menyanyi dan berkata: "Sungguh tidak disangka, kadang-kadang dalam hubungan suami isteri, hati jadi retak. Kadangkala anda tidak akan berbuat apa-apa, tetapi kadang-kadang anda mahu balas dendam. Namun, kadang-kadang anda mahu menerimanya sebagai takdir Tuhan sahaja."

Sementara itu Sheremet yang menulis dalam laman sosial Twitter yang berbunyi, "Terima kasih kepada semua orang yang menyokong saya dalam kesukaran yang saya lalui ini."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: