UJIAN DNA mengesahkan Shiney Ahuja pernah melakukan seks dengan pembantu rumahnya, menurut seorang pegawai polis, Isnin lalu.
Sebelum ini, pembantu rumah itu mendakwa bintang Bollywood itu telah merogolnya pada 14 Jun lalu.
"Kami telah menerima laporan ujian dan mereka (doktor) mengesahkan dakwaan mangsa dalam satu aduannya kepada polis," kata Amitabh Gupta, Pesuruhjaya Polis Tambahan Mumbai (Wilayah Utara)' kepada media baru-baru ini.
Bagaimanapun, Gupta enggan mengulas lanjut berhubung kes tersebut.
Sumber memberitahu, sampel DNA yang diambil dari Shiney sepadan dengan DNA mangsa berusia 18 tahun itu dan mempunyai kesan calar-balar di badannya.
Pegawai penyiasat telah mengambil beberapa sampel artikel dari tempat kediaman Shiney dan kesan-kesan air mani situ untuk membantu siasatan.
Sementara itu, laporan ujian darah menafikan Shiney mabuk ketika insiden rogol itu berlaku. Malah laporan itu menyatakan Shiney sedar sepenuhnya pada masa kejadian.
Shiney kini berada dalam tahanan polis sehingga 2 Julai ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: