Friday, January 13, 2017

Suzy Bakal Muncul Program Realiti "Off The Record"




SELEPAS dilaporkan akan keluar dengan sebuah album solo berjudul Yes?, No?, pelakon Suzy memberitahu dia bakal muncul dengan program realiti yang bertujuan mendekatkan diri dengan peminatnya.

Program berjudul Off The Record, Suzy itu akan menunjukkan kehidupan seharian wanita itu secara peribadi yang tidak diketahui umum.

"Suzy bersetuju untuk terlibat dalam program  ini kerana berminat dengan siri sebelum ini yang menampilkan Lee Hyo Ri. Dia akan mendedahkan kehidupan sehariannya kepada peminat.

Off The Record, Suzy
 diterbitkan oleh produksi sama dengan Off The Record: Lee Hyori yang disiarkan sembilan tahun lalu menerusi Channel Mnet.

Program tersebut masih dalam penggambaran dan bakal ditayangkan secara dalam talian di V App mulai 15 Januari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: