Friday, January 13, 2017

Pengurusan Nafi G-Dragon & Dara Bercinta



PENGURUSAN G-Dragon iaitu YG Entertainment menafikan khabar angin penyanyi itu sedang hangat bercinta dengan pelakon Sandara Park atau Dara.

Khabar angin itu tersebar selepas pasangan ini dilihat seperti bercium ketika berjalan keluar selepas konsert 0.TO.10 Finale in Seoul pada 7 hingga 8 Januari lalu.

Beberapa artis bawah pengurusan tersebut hadir menyaksikan persembahan tersebut termasuk G-Dragon dan Dara.

G-Dragon dilihat memeluk erat dan mencium wanita itu ketika berjalan di hadapan peminat-peminatnya.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan YG Entertainment menjelaskan perkara itu dilakukan sekadar ingin bergurau dengan peminat-peminatnya.

"G-Dragon dan Dara sengaja berbuat demikian kerana ingin bergurau dan mahu peminat mengambil gambarnya seperti bercium.

"Namun mereka sebanarnya hanya kawan biasa sahaja tiada yang istimewa," ujar kenyataan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: