Friday, January 13, 2017

Angelina Jolie & Brad Pitt Rahsiakan Dokumen Perceraian




PROSES perceraian pasangan popular Angelina Jolie dan Brad Pitt masih belum selesai sehingga kini.

Pasangan yang dikatakan paling sesuai suatu ketika dahulu ini tiada perancangan untuk rujuk semula sebagai suami-isteri.

Seperti dipetik Daily Mail, pasangan ini sepakat untuk merahsiakan dokumen perceraian mereka sebagai privasi kepada enam anak mereka.

Angelina dan Brad tidak mahu anak-anak mereka terdedah kepada media dan menerima reaksi masyarakat terhadap perceraian mereka.

Menurut sumber, pasangan ini juga mahu merahsiakan dokumen kehakiman dan hakim membuat keputusan secara tertutup.

Pasangan itu juga sepakat akan menjaga hubungan baik masing-masing demi anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: