Friday, January 13, 2017

Jennifer Lawrence Tolak Berswafoto Dengan Peminat




AKTRES Jennifer Lawrence memberitahu dia kini meletakkan batasan untuk tidak berswafoto (selfie) dengan peminatnya yang tidak dikenali.

Pelakon filem The Passengers ini berkata, ia merupakan salah satu langkah untuk menjaga privasi di tempat awam.

"Pada saya mereka berfikir bahawa sudah mengenali saya menerusi filem-filem yang saya lakonkan, tetapi hakikatnya saya tidak mengenali mereka.

"Saya sendiri berasa pelik dan janggal bila ada orang yang tidak dikenali datang secara tiba-tiba untuk bergambar," ujarya seperti dipetik Daily Telegraph.
Tambah Jennifer, adalah penting untuk menjaga batasan dengan peminat-peminatnya.

Dia juga merancang untuk memisahkan antara kerjaya lakonan dengan kehidupan peribadinya bagi melindungi privasi diri dan keluarganya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: