NEW JERSEY - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki menfailkan tuntutan mahkamah terhadap pembuat permainan Pokemon Go yang meletakkan makhluk maya itu terhadap hartanahnya tanpa kebenaran.
Jefrey Merder dari West Orange, New Jersey menfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Daerah Northen California Amerika Syarikat mendakwa pemaju Niatic 'membuat penggunaan yang tidak dibenarkan' di hartanahnya dan orang lain dengan meletakkan PokeStops dan Pokemon Gyms.
Nintendo dan The Pokemon Company juga telah dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah kerana mereka mempunyai kepentingan dalam jenama Pokemon.
Tuntutan itu menyatakan bahawa pada minggu pelepasan Pokemon Go, orang asing mula melintas di luar rumanya dengan telefon mereka di tangan dan sekurang-kurangnya lima individu mengetuk pintu dan meminta akses kepada belakang rumah untuk 'menangkap' Pokemon yang menempatkan makhluk itu di kediamannya tanpa kebenaran.
Memetik ABC News, Niantic tidak memberi maklumbalas berhubung tuntutan tersebut.
Aplikasi Pokémon Go memecah rekod dengan 10 juta muat turun dalam tempoh seminggu sehingga trending di Twitter, Facebook, Instagram dan WhatsApp.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: