KOTA BHARU – Seorang guru agama dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam, selepas didapati bersalah melakukan kelucahan melampau ke atas anak muridnya yang berusia sembilan tahun.
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap tertuduh, Nik Hazmi Ghani, 35, yang berasal dari Jalan Tawang, di sini.
Nik Hazmi didakwa merangsang mangsa berusia sembilan tahun semasa kejadian di sebuah rumah dekat sini, untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau antara jam 11 malam 30 Oktober hingga jam 1 pagi 31 Oktober 2014.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 15 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sebelumnya, peguam, Datuk Takiyuddin Hassan dalam rayuan sebelum anak guamnya itu dihukum, berkata, tertuduh telah digantung tugas sebagai guru sejak dituduh pada tahun 2014.
“Saya mohon mahkamah mengambil kira fakta penting iaitu laporan perubatan doktor yang merawat mangsa mengatakan tiada kesan serangan seksual ke atas mangsa,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, bagaimanapun memberitahu mahkamah supaya meneliti tertuduh merupakan guru dan mangsa merupakan bekas muridnya.
“Ibu bapa mangsa percaya kepada tertuduh sebagai guru untuk mendidik tetapi tertuduh menyalahgunakannya.
“Usia mangsa masih muda dan perlu menempuhi sejarah hitam ini hingga keluarga terpaksa membawa mangsa pindah ke negeri lain untuk melupakan kejadian ini,” katanya.
Mohd Yusoff kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap tertuduh bermula semalam.
Takiyuddin memohon supaya hukuman ditangguhkan bagi proses rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mohd Yusoff kemudian membenarkan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan jaminan tersebut dijelaskan tertuduh.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang guru agama ditahan polis selepas didakwa cuba meliwat muridnya ketika membawanya keluar bersiar-siar.
Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap anaknya ketika mangsa pulang lewat malam dengan bau harum minyak wangi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: