GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang melahirkan rasa bimbang ekoran kilang besar ditutup satu persatu sekali gus mengurangkan peluang pekerjaan bagi penduduk negeri ini.
Naib Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, sepatutnya masalah tersebut diatasi segera oleh Kerajaan Pulau Pinang kerana periuk nasi orang ramai menjadi pertaruhan.
“Kerajaan negeri perlu mengambil langkah-langkah konkrit mencari pekerjaan alternatif kepada rakyat serta mengurangkan beban kewangan mereka.
“Kami begitu kecewa apabila melihat isu ini seperti dibiarkan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Tong Keong berkata, industri pembuatan adalah salah satu industri yang paling berkembang maju di negeri ini ketika zaman pentadbiran bekas Ketua Menteri, Tun Dr Lim Chong Eu dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Malah pada ketika itu beratus-ratus ribu pekerjaan diwujudkan serta dapat menyediakan pendapatan yang baik untuk penduduk Pulau Pinang.
“Tetapi akhir-akhir ini kami begitu kecewa kerana industri ini semakin berkurangan selepas tahun 2008.
“Industri pembuatan merupakan sektor ekonomi yang penting di negeri ini, selain makanan, pelancongan dan sektor perkhidmatan berkaitan,” katanya.
Beliau berkata lagi, kerajaan negeri perlu mengambil langkah serius untuk terus menarik pelabur.
“Kami berharap supaya kekosongan industri ini dapat diatasi segera, jumlah penduduk semakin ramai dan semuanya perlu ditampung melalui peluang pekerjaan,” katanya.
Beberapa media termasuk akhbar berbahasa Cina melaporkan kedudukan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur semakin goyah apabila sembilan kilang besar dijangka berpindah dan mengurangkan pekerja atas pelbagai faktor.
Jumlah pekerja yang terjejas berikutan proses penghijrahan, penggabungan, pengambilalihan dan tutup kilang itu mungkin melebihi 1,000 orang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: