Monday, November 19, 2012

Lebih 8,000 hadir Wacana al-Quran


SEBAHAGIAN jemaah lelaki yang hadir program Wacana al-Quran di Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam malam kelmarin.


SHAH ALAM – Lebih 8,000 orang daripada pelbagai peringkat usia menghadiri program Wacana al-Quran anjuran Anugerah International Sdn. Bhd. dengan kerjasama akhbar Kosmo! di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam kelmarin.
Wacana yang berlangsung selama tiga jam itu menampilkan pendakwah bebas, Kazim Elias, pakar perubatan Islam, Sharhan Syafie sebagai ahli panel dan Imam Muda, Khairul Azhar Ghazali yang bertindak selaku moderator.
Bagi menampung jumlah kehadiran pengunjung yang ramai, tiga skrin besar dipasang di luar dewan solat di masjid tersebut.
Khairul Azhar yang merupakan jurucakap Anugerah International berkata, kehadiran orang ramai melebihi sasaran awal pihaknya sebanyak 5,000 orang sebelum ini.
“Alhamdulillah, wacana ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran pengunjung yang ramai termasuk anak-anak muda. Ada dalam kalangan mereka bukan sahaja mendengar malah merakamkan setiap kupasan isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli panel.
“Intipati baik daripada wacana ini tidak akan terhenti di sini sahaja sebaliknya anak-anak muda ini akan menceritakan semula apa yang didengar kepada rakan-rakan dan ibu bapa mereka yang tidak hadir,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: