Brooklyn (kiri) bersama bapanya, David Beckham.Difahamkan, Brooklyn, 13, tidak mahu sebarang hadiah daripada ibu bapanya tetapi sebaliknya dia pula yang mahu memberikan sumbangan kepada orang lain.
“Brooklyn memberitahu ibu bapanya, dia tidak mahu apa-apa hadiah pada upacara itu tahun ini sebaliknya mahu memberikan sumbangan pakaian lamanya kepada golongan yang memerlukan.
“Brooklyn juga meminta salah seorang pengawal keluarga mereka membawanya ke kedai Rite Aid di Los Angeles agar dia dapat membeli beberapa kotak bantuan kecemasan untuk diletakkan dalam bungkusan kerja amal,” kata sumber seperti dipetik dailystar.co.uk.
Brooklyn mempunyai dua adik lelaki iaitu Romeo, 10, Cruz, 7, dan adik perempuan, Harper yang berusia setahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: