Wednesday, March 21, 2012

Warga Felda tambah kekuatan Askar Wataniah


Ahmad Zahid Hamidi memeriksa perbarisan 120 anggota Askar Wataniah Felda Wilayah Selangor di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, baru-baru ini.


PELANCARAN Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda di Felda Gedangsa, Hulu Selangor baru-baru ini membuktikan anak kelahiran tanah rancangan turut bersemangat mempertahankan tanah air daripada diceroboh anasir subversif luar.

Penyertaan peneroka Felda dalam pasukan tersebut menambah lagi kekuatannya yang sehingga Disember tahun lalu telah mempunyai sebanyak 222 kompeni merangkumi setiap kawasan parlimen di seluruh negara.

Majlis bersejarah melibatkan kontinjen kawasan Felda Gedangsa, Sungai Tinggi Selatan dan Kampung Soeharto itu dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis berkenaan, beliau turut memeriksa perbarisan 12 pegawai dan 120 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Mohd. Subhi Marsan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: