Friday, March 16, 2012

TM anjur kem alam sekitar


DARI KIRI: Izlyn, Zamzamzairani, Halim, Maketab dan Ketua Jabatan Pendidikan Alam Sekitar MNS, I.S. Shanmugaraj bergandingan tangan selepas majlis menandatangani perjanjian program TM Earth Camp di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) akan menganjurkan program TM Earth Camp di enam lokasi seluruh negara sepanjang tahun ini.

Seramai 1,200 orang peserta dijangka terlibat pada program perkhemahan itu yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar selain memberi peluang kepada peserta mengikuti aktiviti pembelajaran di luar kelas.

Pengerusi TM, Datuk Dr. Halim Shafie berkata, penganjuran kali ketiga itu membuktikan bahawa pihaknya sentiasa peka terhadap penjagaan alam sekitar bagi menjamin kehidupan yang baik pada masa hadapan.

"Pada tahun ini juga kita akan membuka penyertaan kepada sekolah-sekolah yang tidak mempunyai Kelab Pencinta Alam kerana penganjuran sebelum ini khusus untuk ahli kelab itu sahaja.

"Kita menyasarkan sebanyak 84 buah sekolah baharu akan terlibat pada perkhemahan kali ini," katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara TM dan MNS di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: