|
|
BERLAKON? Bila rindu saja!” Cepat sahaja mulutnya menjawab tatkala ditanya mengenai dunia lakonan yang telah diledani sejak dua dekad lalu.
Kata empunya diri, ketika usianya menginjak kematangan, dunia lakonan bukan lagi menjadi keutamaan dan kepentingan.
Justeru tidak hairanlah andai dia kini hanya berlakon dengan produksi yang diingininya, yang mampu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dan sudah pasti dengan naskhah yang diidamkan sahaja.
Bukan merajuk, jauh sekali kecewa seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak ekoran kegagalan filem sulung terbitannya, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami mengaut kutipan tiket yang memberansangkan.
“Saya ok saja,” kata Haliza Misbun dalam nada riang. “Malah sebenarnya saya tidak mempunyai jawapan paling tepat untuk menjawab persoalan para wartawan yang merasakan saya kecewa dengan kutipan filem itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: