Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) optimis capai sasaran pusingan modal 30 peratus menjelang hujung tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Mohamed Hassan Kamil berkata, sasaran itu antara lain disokong pelbagai pelan strategik seperti kempen dan promosi pengiklanan.
“Takaful Malaysia akan memperkenalkan empat produk baru tahun ini berkaitan pelaburan. Kami akan terus mengukuhkan imej dan jenama secara dinamik melalui pelbagai saluran. Kami juga akan menambah lebih banyak pusat perkhidmatan myCare bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk memudahkan interaksi selain untuk memenuhi kehendak mereka,” katanya ketika majlis pengisytiharan kadar keuntungan bagi tahun kewangan 2011, di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Takaful Malaysia mencatatkan rekod keuntungan tertinggi buat kali pertama sebanyak 6.5 peratus bagi semua produk runcit keluarga termasuk kadar keuntungan bonus tambahan khas sebanyak 3.5 peratus untuk Skim Anuiti Takaful KWSP (SATK).
Mohamed Kamil berkata, matlamat kumpulannya adalah untuk mendahului pasaran dan mengukuhkan kedudukan sebagai penyedia perkhidmatan pilihan, bukan hanya antara syarikat Takaful tetapi juga di kalangan syarikat penyedia syarikat insurans.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: