CEKUP...Amran (kiri) memeriksa seorang daripada warga asing yang ditahan.
GOMBAK: Bimbang diri dicekup pihak berkuasa, beberapa warga Afrika nekad mempertaruhkan nyawa mereka dengan bergayut ala ‘Spider-man’ pada balkoni rumah setinggi empat tingkat bagi melarikan diri dalam serbuan Jabatan Imigresen di Taman Aman Siara, Selayang.
Tindakan itu bagaimanapun tidak berjaya dan mengundang padah apabila seorang daripada warga Afrika yang cuba melarikan diri itu patah kaki kanan akibat terjatuh sebelum dicekup.
Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam kelmarin itu yang diketuai Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad, seramai 44 warga asing diperiksa dan 17 daripadanya ditahan kerana pelbagai kesalahan.
Amran berkata, serbuan itu dijalankan hasil maklumat daripada penduduk taman yang mendapati kebanyakan rumah di kawasan itu didiami warga asing terutamanya warga Afrika.
“Operasi dijalankan berdasarkan aduan penduduk di taman ini dan berdasarkan dari aduan itu kita mengumpul maklumat terutamanya mengenai rumah-rumah yang didiami warga asing sebelum membuat serbuan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: