
MEMPERTARUHKAN pengalaman sebenar dalam dunia hiburan, drama bersiri terbitan 8TV, Projek Pop bakal membongkar kisah sebenar di sebalik kejayaan sesebuah konsert besar.
Apa yang lebih menarik mengenai drama bersiri itu adalah penglibatan beberapa nama besar dunia hiburan seperti kumpulan Hujan, Adibah Noor, Joe Flizzow dan ramai lagi.
Menurut pengarah bersama, Akmal Danial Mohemed Jaafar, atau lebih dikenali sebagai Atomsk dia memilih untuk mengarah drama bersiri tersebut kerana kelainan yang akan ditonjolkan projek Pop kepada penonton saluran televisyen itu.
“Gabungan realiti dan drama bakal memberikan kelainan kepada program ini.
“Secara jujurnya kami pernah melalui apa yang akan dipertontonkan dalam Projek Pop. Dengan pengalaman itulah kami percaya drama bersiri ini akan mewujudkan satu lagi fenomena baru kepada penonton,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri ini di Damansara, Selangor baru-baru ini.
HUJAN steady!!!!!!!!!!! terbaiikkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete#SANG ENEMY!!!!!!!!!!!!! \m/