
AMAT mengecewakan apabila pensyarah ataupun eksekutif perniagaan tidak mampu manfaatkan ruang auditorium yang luas ketika mengadakan tayangan slaid.
Ini kerana, kebanyakan projektor memerlukan jarak tertentu untuk memancarkan imej pada skrin sekali gus menyukarkan penonton melihat apa yang dipaparkan.
Menyedari kekangan tersebut, syarikat terkemuka dalam pengimejan digital, Canon tampil dengan produk baru iaitu projektor multimedia model LV-8235 UST DLP.
Projektor dengan harga yang kompetitif ini mempunyai ciri pantulan ultra-pendek yang membolehkan paparan dipancar dalam saiz besar walaupun dalam bilik lebih kecil.
Dengan kelebihan tersebut, pembentangan mampu disampaikan dengan impak visual yang lebih menarik.
Ia turut disempurnakan dengan pembesar suara binaan dalam, rangka luar yang tahan lasak serta ciri-ciri mesra pengguna lain bagi memudahkan persembahan slaid.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: