KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan 6.50 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM).
Amanah Saham Gemilang (ASG) yang terdiri daripada Pendidikanpula masing-masing menerima pengagihan 7.00 sen, Persaraan (7.05 sen) dan Kesihatan (7.10 sen) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac ini.
Mengulas mengenai pengagihan ASM, Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar agihan itu lebih tinggi berbanding 6.38 sen seunit yang dibayar tahun lalu.
Menurutnya, pengagihan itu membabitkan RM820.24 juta peruntukan dan menunjukkan peningkatan 8.6 peratus berbanding RM755.05 juta tahun lalu.
Melalui pengagihan ini, seramai 546,341 pemegang yang melanggan 12.62 bilion unit mendapat manfaat daripadanya.
“Sehingga 21 Mac, tabung ASM memperoleh pendapatan kasar RM978.32 juta. Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang RM774.77 juta atau 79.2 peratus kepada jumlah pendapatan kasar.
“Keuntungan daripada penjualan saham dan syarikat menyumbang RM53.59 juta atau 5.5 peratus dan selebihnya, RM149.96 juta atau 15.3 peratus diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek,” katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan tabung ASM dan ASG di Menara PNBdi sini.
Pada majlis sama, Ahmad Sarji turut menyatakanbahawa ASNB memperuntukkan RM3.6 juta bagi pembayaran agihan pendapatan ASG Pendidikan yang dimanfaatkan kepada 15,262 pemegang unit.
Katanya, bagi ASG Kesihatan dan Persaraan masing-masing diperuntukkan pengagihan pendapatan sebanyak RM4.57 juta dan RM1.49 juta sekali gus dimanfaatkan oleh 9,675 (Kesihatan) dan 2,909 (Persaraan).
“ASG adalah dana harga berubah-ubah dan setiap pelabur dibenarkan untuk melanggan unit dalam ketiga-tiga tabung ini tanpa had. Dana ASG disenarai dalam Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.
Pemegang unit boleh mengemas kini buku mulai 2 April.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: