Saturday, March 24, 2012

PM lancar pelancongan bermotosikal


NAJIB menunjukkan isyarat 1Malaysia di atas motosikal Chopper 1Malaysia di PWTC semalam. Turut kelihatan Teutul (tengah), Zahid (dua dari kiri) dan Yen Yen (tiga dari kanan).


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan pakej pelancongan bermotosikal 'Five-Mountain Motorcycle Tour' untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi yang unik untuk kembara motosikal.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa pakej itu akan mendapat sambutan hangat dalam kalangan penggemar motosikal warga asing.

"Pada hemat saya pakej pelancongan ini merupakan inisiatif yang sangat baik untuk mempromosi Malaysia sebagai sebuah destinasi pengembara motosikal yang paling unggul di rantau ini.

"Tentu sekali mengambil kira Malaysia ini merupakan bumi bertuah yang dianugerahi dengan keindahan alam semula jadi, maka sudah tentu apabila kita kembara seperti ini, kita akan dapat banyak pengalaman manis seperti perjalanan ke Genting Highlands, Bukit Fraser, Cameron Highlands, Bukit Larut dan Gunung Jerai," katanya di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: