WALAUPUN sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu, persengketaan di antara Kim Kardshian dan bekas suaminya, Kris Humpries masih berterusan.
Kris dilaporkan berang dengan tindakan Kim apabila enggan memulangkan hadiah perkahwinan yang telah diberikan kepada mereka.
Acesshowbiz melaporkan, Kim tidak bersetuju dengan cadangan itu tetapi ingin menyumbangkan semua hadiah-hadiah tersebut kepada badan kebajikan dan ia telah membuatkan Kris berang.
"Kris menganggap tindakan bekas isterinya untuk menjual barang-barang itu adalah tidak wajar sebaliknya ia perlu dikembalikan kepada individu yang menghadiahkan kepada mereka.
"Bagaimanapun saya menyokong jika dia ingin membuat sumbangan wang tunai tetapi bagi menghormati individu yang telah memberikan hadiah tersebut dia perlu memulangkan kepada individu terbabit," katanya kepada sumber terdekat.
Kim sendiri dilaporkan telah menandatangani cek bernilai RM1 juta untuk disumbangkan kepada The Dream Foundation bagi memberikan penghormatan kepada para tetamu yang telah memberikan hadiah semasa majlis perkahwinannya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: