Monday, March 5, 2012

Jerami padi rawat air kumbahan


Contoh loji kumbahan yang boleh memanfaatkan jerami padi bagi merawat sisa industri.


BAJU batik merupakan satu kebanggaan bagi masyarakat Malaysia, malah ia merupakan salah satu produk pelancongan negara yang giat dipromosikan oleh kerajaan.

Bahkan industri batik juga menjadi sumber rezeki kepada ramai warga Malaysia khususnya masyarakat di Pantai Timur Semenanjung melalui peluang pekerjaan dan perniagaan yang disediakan.

Hari ini, seni corak batik bukan sahaja tertumpu kepada pakaian malah boleh diadaptasikan ke dalam bentuk lukisan, dijadikan corak pada tudung lampu, bingkai gambar, beg tangan, cadar katil, kasut, skaf dan pelbagai perhiasan lain.

Namun, di sebalik keunikan yang terserlah dalam seni kraf batik, tidak ramai yang mengetahui bahawa proses penghasilan batik menggunakan kaedah cantingan lilin bagi menyerlahkan corak batik sebenarnya merencatkan proses rawatan sisa kumbahan tekstil sebelum ia dilepaskan ke sistem saliran dan pembetungan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: