Friday, March 16, 2012

Idola wanita Malaysia


Marina Mahathir (lima dari kiri) ketika melancarkan kempen Wanita:Gadis sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2012 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Setiap insan mempunyai idola masing-masing dalam hidup tidak kiralah sama ada orang yang rapat dengan mereka mahupun personaliti yang dikagumi.

Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap gadis juga mempunyai impian untuk menjadi seperti wanita idola mereka apabila meningkat dewasa bersandarkan kepada potensi yang terdapat dalam diri masing-masing.

Bersempena meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2012 bertemakan Menghubungkan Gadis, Inspirasi Masa Depan, Capri Communication Sdn. Bhd. telah menganjurkan kempen 10 hari Wanita:Gadis .

Kempen ini bertujuan memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan model-model dan tokoh ternama di sekeliling mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: