Monday, March 5, 2012

Empat maut gudang senjata meletup

GAMBAR yang dirakamkan dari tebing Sungai Congo menunjukkan api menjulang tinggi akibat letupan gudang senjata di Brazzaville semalam.


BRAZZAVILLE, Republik Congo - Sekurang-kurangnya empat orang maut dan berpuluh yang lain cedera apabila satu siri letupan besar di sebuah gudang senjata menggegarkan Brazzaville semalam.

Situasi cemas merebak sehingga ke Kinshasa, seberang Sungai Congo yang memisahkan bekas tanah jajahan pengeluar minyak Perancis daripada Republik Demokratik Congo menyebabkan tingkap berkecai.

Kedua-dua pemerintah meminta orang ramai bertenang.

Republik Congo merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak utama di Sahara Afrika.

"Banyak bangunan musnah. Terdapat empat orang maut dan hampir 60 cedera, sebahagiannya serius," kata seorang ketua protokol pejabat presiden di sini melalui telefon.

Menteri Pertahanan Republik Congo, Charles Zacharie Bowao menyatakan letupan disebabkan oleh kebakaran di gudang senjata di pangkalan Blinde.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: