Tuesday, March 27, 2012

Ekspo promosikan pameran perkahwinan


Orang ramai yang hadir pada Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia di PICC, baru-baru ini.


PENYERTAAN peniaga melalui ekspo ataupun pameran tertentu merupakan platform terbaik untuk mempromosi produk dan barangan mereka.

Begitu juga penyertaan dalam ekspo berkaitan barangan perkahwinan seperti pakaian, makanan, pelamin dan set cenderamata, yang bukan sahaja bertujuan mempromosi malah dapat membantu bakal pengantin memilih produk bersesuaian untuk majlis mereka dengan harga berpatutan.

Kenyataan ini turut diakui oleh Pengarah Urusan Dios Astana Bridal, Zaidi Osman selaku pengendali Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dari 23 hingga 25 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: