Monday, March 12, 2012

Dengarnya...: TV3 saluran eksklusif perkahwinan Fasha?

Fasha Sandha
Fasha Sandha
AMBOI... Hangat sungguh peminat dan orang media memperkatakan soal perkahwinan pelakon Fasha Sandha dan Jejai pada minggu lalu. Yalah, berhari-hari juga kisah persiapan dan perancangan perkahwinan kedua-duanya disiarkan media. Sampai sekaranglah topik itu menjadi bualan. Daripada abang pemandu teksi sampai ke kakak yang jual tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman, semuanya seronok memperkatakan cerita kahwin mereka berdua.

Cik Normah pun tumpang sekaki jugalah memperkatakannya. Maklumlah, yang hendak kahwin bukan calang-calang orang. Jadi, kalau Cik Normah tak masuk campur sama, nanti ada pula peminat cakap Cik Normah ketinggalan kereta kuda.Alang-alang dah sentuh topik Fasha nak kahwin, yang dikatakan bakal berlangsung pada April ini, Cik Normah pun ada juga terdengar cerita yang perkahwinannya itu akan disiar secara eksklusif oleh stesen penyiaran terkemuka, TV3.
Sebagai penulis ruangan gosip yang prihatin, Cik Normah pun ada juga bertanya pada beberapa teman di stesen TV terkenal itu. Yalah, kalau-kalau mereka ada membuat perancangan istimewa sempena perkahwinan yang menjadi sebutan ramai berkenaan. Apatah lagi Fasha pun bukannya orang lain dengan TV3. Banyak drama lakonannya disiarkan TV terbabit, dan semuanya meletup kababom semuanya.

Tetapi yang Cik Normah dengar setakat ini, sama ada ia disiarkan secara langsung seperti perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dulu, belumlah lagi ada hitam putihnya. Namun kata beberapa teman di Sri Pentas, tak mungkinlah siaran langsung seperti itu diulang semula. Ia hanya berlaku sekali dalam sedekad, adanya.

Paling besar kemungkinannya ialah rakaman eksklusif oleh program berkonsep kewanitaan keluaran stesen TV berkenaan. Itu pun sudah kira hebat sangat. Yalah, bukannya semua majlis kahwin akan dirakam secara eksklusif oleh penerbitan TV3.

Oh ya, khabarnya, kalau ada siaran langsung pula, ia hanyalah membabitkan acara yang diadakan di ibu kota. Untuk kenduri, resepsi, atau majlis lain di luar ibu kota dan di luar negara tu, rasanya mereka tak adalah ikut sama. Mungkin jauh sangat kot, tak larat nanti nak pikul kamera.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: