Tuesday, March 20, 2012

Dengarnya... Lagu merapu bodohkan sendiri?

SALIH (kiri) bersama Kak Engku dan Krill di konti Sinar FM.
SALIH (kiri) bersama Kak Engku dan Krill di konti Sinar FM.
CIK Normah memang suka juga mendengar radio, tetapi bukanlah peminat setia kepada mana-mana stesen radio. Maknanya Cik Normah akan dengar radio kalau kebetulan waktu itu ada lagu yang sedap didengar sedar ke udara atau tertarik dengan celoteh penyampainya.

Maklumlah, pada waktu tertentu penyampai radio ini kadang-kadang macam orang berleter. Ada pula yang mengomel entah apa-apa, kemudian ketawa sesama sendiri dengan rakan setugasnya dalam konti. Macamlah topik yang dibawakan lucu sangat.Baru-baru ini ketika sedang minum petang, Cik Normah terima panggilan telefon yang mengaku dirinya pembaca setia HIP. Entah daripada mana dia dapat nombor telefon Cik Normah, tapi pemanggil ini yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Ida mahu menyentuh sikit lagu merapu daripada Salih Yaacob di stesen radio Sinar FM.Dalam segmen ini, Salih menyanyikan lagu bahasa Inggeris yang diterjemahkan terus daripada lagu bahasa Melayu. Kata Kak Idah, waktu mula lagu merapu diperkenalkan dulu, memanglah lawak dan boleh membuatkan pendengar tersenyum. Tapi tak perlulah diteruskan lama-lama. Bukan apa, ia kelihatan seperti memperbodohkan Salih dan stesen radio Sinar itu sendiri, terutama slot Sinar Pagi yang turut menampilkan Khairil Rashid (Krill) dan Raja Azura atau Kak Engku.

Pada Cik Normah, teguran dan pandangan Kak Idah itu, ada kebenarannya. Janganlah nanti dikatakan perosak bahasa. Kalau pun lagu Melayu nak dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, buatlah terjemahan dengan betul. Bukan untuk seronok-seronok sebab takut nanti jadi ikutan pendengar. Kalau ikut perkara yang elok tak apalah juga.

Lagipun, kalau tak ada segmen lagu merapu, slot Sinar FM tetap ada pendengarnya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: