![]() |
| Muhammad Firdaus Adam, pelajar calon istimewa menunjukkan sijil Pelajar Cemerlang Negeri Johor bagi STPM 2011 di Johor Bahru, semalam. |
JOHOR BAHRU 7 Mac - Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Adam dipilih sebagai salah seorang penerima sijil Pelajar Cemerlang Negeri Johor, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 bagi kategori calon istimewa.
Muhammad Firdaus, 20, dari Sekolah Menengah Parit Bunga, Muar berjaya membuktikan bahawa kekurangan fizikal yang dimilikinya bukan penghalang untuk meraih keputusan empat B dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Ekonomi dan Sejarah dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.75.
Meskipun keputusan yang diterima tidak seperti yang diharapkan, namun anak kedua daripada lima beradik itu tetap gembira dan bersyukur kerana mampu membuat ibu bapanya bangga.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: