GEORGE TOWN - Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang menasihatkan orang ramai yang ingin berkahwin dengan warganegara asing supaya mengenal pasti latar belakang pasangan terlebih dulu bagi mengelak masalah.
Timbalan ketua biro itu, Lim Thoon Deong berkata, ini kerana kebanyakan warga asing berkahwin dengan penduduk tempatan kerana ingin mendapatkan visa dan permit kerja.
"Ramai warga asing berkahwin dengan penduduk tempatan demi mendapatkan kemudahan seperti hak untuk tinggal atau bekerja di sini dan ini mewujudkan banyak masalah sosial," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Thoon Deong berkata, sehingga kini biro MCA mengendalikan empat kes pasangan menghadapi masalah selepas berkahwin dengan warga asing melibatkan warganegara China, Vietnam dan Indonesia.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengesan isteri Lee Chin Guan, 46, yang merupakan seorang warganegara China bagi menyelesaikan masalah antara pasangan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: