Wednesday, March 21, 2012

Anuar Zain bantu ibu tunggal


MOHD. Fauzi Zakaria (kiri) bersama Anuar Zain dan Adila Hamdu selepas sidang akhbar Mother's Day Gala Night Dinner di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SAMBUTAN Hari Ibu pada bulan Mei ini tidak terkecuali menjemput penyanyi popular, Anuar Zain memenuhi undangan mengadakan persembahan yang bertemakan sambutan tersebut.

Penyanyi berusia 42 tahun ini antaranya akan terbabit menjayakan persembahan Hari Ibu yang diberi nama Mother's Day Gala Night With Anuar Zain di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada 12 Mei ini.

Persembahan itu boleh dikatakan agak mahal apabila ia mengenakan bayaran jualan meja sehingga RM100,000 untuk sebuah meja dengan 10 tempat duduk pada persembahannya yang mengambil masa kira-kira 45 minit.

Sungguhpun begitu, menurut penganjur persembahan, Dream Music Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Fauzi Zakaria, konsert itu bukan setakat hiburan semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: