JOHOR BAHRU – Taktik menyamar sebagai pelanggan di dua kedai makan di Nusa Perintis, dekat Gelang Patah, di sini, membuahkan hasil apabila pihak Imigresen menahan 23 pendatang asing tanpa izin (pati) dan seorang majikan dalam serbuan Ops 6P, malam kelmarin.
Timbalan Penolong Pengarah di Jabatan Imigresen negeri, Mohamad Nasir Abas berkata, kesemua ditahan berumur antara 17 hingga 45 tahun, manakala majikan terbabit berusia 41 tahun.
Menurutnya, serbuan kira-kira jam 11.20 malam dan berakhir sekitar 12.40 malam itu disertai 15 anggota serta pegawai penguat kuasa.
“Kami memeriksa 26 pendatang asing di lokasi terbabit sebelum menahan 23 daripadanya kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 berikutan tiada pasport.
“Ada juga antara mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 B Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas serta bersalah di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dari tempoh ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Mohamad Nasir berkata, ketika operasi dijalankan, persekitaran premis sudah dikawal oleh anggota dan pegawai penguast kuasa yang terlibat.
“Bagaimanapun ada antara mereka cuba melarikan diri, namun keadaan terkawal. Kebanyakan mereka terkejut dengan kehadiran kami.
"Kesemua yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan lanjut,” katanya.
Monday, March 5, 2012
Anggota Imigresen menyamar pelanggan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: