Tuesday, March 6, 2012

Anak lebam teruk akibat dibuli


SUZIANAWATI menunjukkan kesan-kesan lebam pada belakang tubuh Faqrul yang didakwa dipukul murid senior.


SEREMBAN – Seorang ibu mendakwa anak sulungnya yang merupakan murid tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di sini mengalami lebam teruk di seluruh tubuh dipercayai menjadi mangsa buli tiga pelajar senior yang meminta wang daripada mangsa.

Suzianawati Mohamad, 33, berkata, Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman, 7, mengalami lebam-lebam di muka, badan, paha dan betis dipercayai dipukul dengan objek keras dalam kejadian Jumaat lalu.

Akibatnya, kata beliau, anaknya itu kini trauma sehingga sukar untuk menerangkan kepadanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

“Saya menyedari anak saya dibelasah dan dibuli ketika menjemputnya dari sebuah rumah anak yatim di Taman England dekat sini pada kira-kira pukul 7.30 petang, Jumaat lalu.

“Saya terkejut apabila melihat kecederaan yang dialami Faqrul Hakimi dan dia memberitahu, dia telah dipukul ketika berada di sekolah.

“Bagaimanapun, dia gagal memberitahu dengan jelas bagaimana peristiwa itu boleh berlaku mungkin kerana trauma akibat dipukul dengan teruk,’’ katanya di sini semalam.

1 comment:

  1. aku paling benci pembuli!!anak saya pn pernah jadi mangsa buli di sekolah & now saya dh tukar kn dia ke sekolah lain. anak saya pernah mengadu pada guru di dlm kelas tp tidak ada tindakbalas. cara mudah nya, saya tukar kn dia ke skolah lain....x payah nk pening2 kepala.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: