Thursday, November 3, 2011

Wangian roll-on Teacher's Perfume


TEACHER'S Perfume memperkenalkan produknya dalam bentul roll-on.


MINAT masyarakat di negara ini terhadap wangian asli yang didatangkan dalam bentuk botol roll-on semakin mendapat sambutan apabila permintaan ke atas produk itu menunjukkan peningkatan.

Selain ciri pembungkusannya yang menggunakan botol bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana, faktor harganya yang murah turut menjadi tarikan pengguna untuk memiliki wangian jenis itu.

Justeru, tidak hairanlah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, negara kita dibanjiri dengan pelbagai jenama wangian berbentuk roll-on yang dipasarkan oleh pelbagai syarikat untuk menarik minat pengguna.

Tidak ketinggalan ialah wangian berjenama Teacher's Perfume yang dipasarkan syarikat Minda Sarjana Enterprise dari Simpang Ampat Tasek, Pulau Pinang.

Pengasas syarikat itu, Jamaludin Hashim memberitahu, dia mempunyai sebab untuk berbangga dengan produk keluaran syarikatnya kerana walaupun baru dipasarkan kurang dari setahun sejak Disember tahun lalu, permintaan terhadap wangian Teacher's Perfume amat menggalakkan.

"Walaupun terdapat banyak wangian jenis roll-on yang dipasarkan di negara ini menggunakan pelbagai jenama namun, sambutan yang diterima untuk jenama kami amat menggalakkan.

"Sejak wangian jenama Teacher's Perfume dipasarkan kami menerima reaksi amat positif daripada kalangan pengguna malah, sehingga kini jualannya sudah melebihi 200,000 set," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelasnya lagi, sehingga kini wangian Teacher's Perfume mempunyai enam set wangian dengan tiga daripadanya dikhaskan kepada wanita manakala, tiga lagi dikhaskan untuk golongan lelaki.

Kesemua wangian itu katanya, diinspirasikan daripada produk haruman berjenama terkenal seperti Dunhill, Hugo Boss, Lancome dan Calvin Klien.

Menurut Jamaludin, setiap satu set wangian mengandungi empat botol wangian berbeza haruman dengan kapasiti empat mililiter setiap satu yang dijual pada harga RM40 setiap set.

Dalam pada itu katanya, selain mampu memberi kepuasan optimum kepada pengguna dari segi keaslian wangian dan harga yang ditawarkan, wangian jenama Teachers's Perfume keluaran syarikatnya juga mampu memberi kepuasan kepada pengedar dan stokis wangian tersebut.

"Kami sentiasa mengutamakan pengedar dan stokis kami kerana mereka turut membantu dalam menaikkan jenama Teacher's Perfume sehingga kini. Sebab itulah syarikat sudah membuat keputusan untuk memberikan ganjaran yang lumayan kepada mana-mana pengedar dan stokis yang mencapai tahap jualan yang ditetapkan oleh syarikat berupa pakej pelancongan dan pakej mengerjakan umrah," katanya.

Katanya, untuk menjadi pengedar yang sah, pengguna hanya perlu membayar serendah RM320 dan akan memperoleh 10 kotak wangian jenama tersebut yang mengandungi 24 jenis wangian. Pengguna yang membuat bayaran sebanyak RM900 atau RM1,680 akan memperoleh masing-masing 30 kotak dan 60 kotak wangian tersebut yang turut mengandungi 24 jenis wangian asli.

Bagi mereka yang ingin menjadi stokis pula, mereka perlu mengeluarkan kos sebanyak RM3,000 untuk memperoleh 120 kotak wangian jenama tersebut sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk memenangi ganjaran yang ditawarkan.

Justeru kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pengedar dan stokis kepada wangian jenama itu, mereka boleh menghubungi Jamaludin di talian 012-5407782 atau 019-4619393 atau melayari laman blog syarikatnya di http://teachers-perfume.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: