Saturday, November 12, 2011

Tidak lagi fobia bahasa Inggeris

GEUN-YOUNG...bijak bergaya sejak umur 12 tahun.
GEUN-YOUNG...bijak bergaya sejak umur 12 tahun.

LENSA kamera dan pentas peragaan sudah sebati dalam kehidupan aktres jelita Korea Selatan, Mun Geun-young sejak usianya 12 tahun. Malah, pada umur semuda itu juga, dia berjaya menyerlahkan bakatnya apabila meraih Model Edubox Kone Award.

Selain merangkul anugerah berprestij itu pada 1999, pada tahun sama juga membuka ruang buat Geun-young mengetengahkan bakat lakonannya untuk kali pertama di layar perak dengan membintangi filem dokumentari On The Way yang diarahkan Choi Jae Eun.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

    MENARIK...antara babak lakonan Geun-Young yang diaparkan drama Cinderella's Stepsister.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Selepas percubaan sulungnya, tawaran lakonan untuk Geun-young terus berlanjutan apabila dia kemudian dilamar stesen Korean Broadcasting System (KBS) untuk berlakon dalam drama Burnt Rice Teacher and Seven Potatoes sebagai Han Mi-soo.

Memberikan hasil lakonan mantap dan tidak mengecewakan pihak produksi, Geun-young yang semakin mendapat kepercayaan KBS mendapat peluang berlakon drama percintaan hebat dan meruntun jiwa, Autumn in My Heart untuk watak heroin berusia 13 tahun.


Lakonannya amat berkesan ketika membawakan karakter Choi Eun-suh kerana Geun-young bijak bermain emosi terutama ketika babak menangis. Pandangan matanya yang polos dengan deraian air mata deras serta tak henti mengalir, berjaya membuatkan penonton merasai kesedihannya.


Menerusi drama popular itu juga, Geun-young memperoleh pengiktirafan pertamanya dalam lakonan dengan memenangi kategori Pelakon Wanita Harapan Terbaik di KBS Drama Awards. Lebih sedekad bergelar selebriti, hingga kini Geun-young sudah merangkul pelbagai anugerah.

Sekalipun di puncak kejayaan, Geun-young tetap mengutamakan pendidikannya dalam bidang fesyen. Bagaimanapun, baru-baru ini Geun-young membuat keputusan terbang ke New York, Amerika Syarikat dan sekali gus meninggalkan satu semester pengajiannya untuk bercuti.

Di negara ‘Uncle Sam’ itu, Geun-young yang dalam lawatan untuk bersua dengan kenalannya tidak membuang masa begitu saja. Aktres kecil molek berwajah keanak-anakan ini mengambil peluang mendaftar di sebuah kolej bahasa untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggerisnya.

Geun-young dikatakan sudah mendaftar sebagai pelajar di akademi bahasa swasta terkenal Amerika, ‘Kaplan East Village’ untuk mengikuti kursus bahasa untuk jangka pendek. Selain itu, Geun-young turut mengkaji gaya hidup remaja di Barat.

Bersesuaian dengan imej dirinya yang menjadi ikon popular di Korea, Geun-young berpendapat dia perlu membuat kajian terhadap gaya hidup golongan belia yang lebih menjurus pada hiburan. Bagi membolehkan kajiannya berhasil, Geun-young belajar dengan rajin.

Berdasarkan satu kenyataan dikeluarkan pihak pengurusannya, lawatan Geun-young ke New York itu bukan saja untuk bertemu kenalan, tetapi ingin mengetahui dan memahami gaya hidup sebenar rakan-rakannya. Geun-young dijangka berada di New York selama dua bulan.

Selepas perjalanan indah ke New York berakhir, Geun-young merancang memperkenalkan projek terbarunya dan akan meneruskan pengajian di Universiti Sungkyunkwan untuk tahun keempat dalam semester pertama.

Pada 21 Oktober lalu, Geun-young menerusi laman Cyworld, berkongsi maklumat di terkini dirinya di New York. Geun-young memaklumkan kepada peminatnya, dia luangkan juga masa menulis untuk melepaskan rindu di hatinya kerana berada jauh di perantauan.

“Ketika mula-mula menjejakkan kaki di sini, saya benar-benar sangat kesunyian. Ia sesuatu yang menakutkan dan sukar bagi saya menempuhinya. NaGeun-young, saya sedar perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

“Sekarang saya tidak takut atau gentar untuk berhadapan apa saja halangan yang datang. Saya yakin dapat mengisi masa yang ada ini dengan melakukan banyak perkara berfaedah. Malah, paling utama perasaan fobia terhadap bahasa Inggeris sudah tiada lagi.

“Cuma, kesepian yang masih tak mampu diatasi. Saya sering teringat pada koleksi barang yang berharga dalam hidup ini. Justeru, ia juga membuatkan saya tidak pasti dengan apa yang dipelajari sepanjang berada di sini. Apakah saya akan berjaya?

“Bagaimanapun, sebenarnya saya tak pernah terfikir akhirnya akan membuat keputusan untuk belajar di sini (New York). NaGeun-young, yang pasti saya suka tinggal di sini dan berharap semuanya berjalan lancar seperti apa yang saya inginkan,” katanya.

Menurut Geun-young, dia berdoa kesihatannya tidak terganggu kerana sudah bertekad sebaik pulang semula ke Korea, dia mahu membuktikan diri sebagai pelakon yang hebat dan dibanggakan. Ujarnya, dia juga akan pastikan dirinya bukan individu memalukan.


Lakonan Geun-young dalam kisah Cinderella moden

KISAH dongeng puteri jelita, Cinderella bukan saja popular di Hollywood, tetapi cukup terkenal di seluruh dunia. Justeru, tidak ketinggalan mengadaptasi kisah menarik ini, ia turut diterbitkan dalam versi Korea menerusi Cinderella’s Stepsister.

Drama 30 episod terbitan stesen KBS2 pada tahun lalu, disiarkan di TV2 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5 petang bermula 17 November ini. Semestinya penggemar drama Korea di negara ini tidak melepaskan peluang menantikan siarannya.

Dibintangi Geun-young sebagai watak utama, Eun-jo yang kehilangan bapa dan ibunya pula menemui cinta baru dengan lelaki yang mempunyai anak perempuan, Hyo-seon. Mereka tinggal bersama apabila ibunya berkahwin.

Hyo-seon menonjolkan karakter baik di hadapan mata ibu bapanya manakala Eun-jo pula sering dilihat ‘jahat’ dan diabaikan. NaGeun-young, Eun-jo berkawan baik dengan Hong Ki-hoon di kolejnya dan ini tidak disenangi Hyo-seon.

Memendam perasaan terhadap Ki-hoon, mendorong Hyo-seon membuat pelbagai onar untuk mendapatkan cinta lelaki itu hingga Hyo-seon menabur fitnah terhadap Eun-jo mengatakan kepada Ki-hoon cintanya hanya dipermainkan.

Lapan tahun berlalu, Eun-jo yang akhirnya melarikan diri meninggalkan keluarganya bertemu Han Jeong-woo. Mereka berkawan rapat kerana Eun-jo berasakan Jeong-woo adalah adik lelakinya yang hilang. Hyo-seon pula bercinta dengan Ki- hoon.

Suatu hari, Ki-hoon bertemu semula dengan Eun-jo. Saat itu, dia berasakan cintanya pada gadis itu tidak pernah pudar walaupun lapan tahun sudah berlalu. Wujudlah kisah cinta tiga segi antara Eun-jo, Ki-hoon dan Hyo-seon.

Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah akan wujud campur tangan ibu bapa? Barisan pelakon lain yang membintangi drama percintaan remaja ini ialah Seo Woo, Chun Jung Mying, Tae Cyeon, Lee Mi Sook, Kim Gab Soo dan Kang Sung Jin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: