|
BANGKOK - Pihak berkuasa Bangkok menegaskan semalam bahawa pihaknya tidak dapat mengurangkan kesan banjir untuk setiap penduduk semasa kemarahan kian meningkat di kawasan yang dilanda bah.
Walaupun beberapa kawasan di bandar raya ini kekal tidak dilanda banjir, situasi kritikal berlaku di beberapa daerah.
Kemarahan sebahagian penduduk itu berpunca daripada dakwaan bahawa kediaman mereka telah dikorbankan untuk menyelamatkan sebahagian lokasi di Bangkok.
|
|
Banjir paling teruk di Thailand dalam tempoh beberapa dekad lalu berlaku akibat musim hujan monsun yang bermula tiga bulan lalu.
Di beberapa daerah seperti Bang Phlat yang terletak lima kilometer dari bandar raya Bangkok, banyak rumah ditenggelami banjir dan jalan raya bertukar menjadi terusan air kotor manakala tiada bantuan rasmi diberikan kepada penduduk.
"Saya mahu kerajaan datang dan mengambil berat terhadap kami. Kami telah meminta pertolongan tetapi tiada seorang pun yang datang.
"Kami meminta bot, makanan, perubatan, tetapi tiada," kata seorang penduduk, Pailin Sontana yang kecewa dengan keadaan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: