Friday, November 18, 2011

Indonesia Beri Isyarat Lucah Kepada Bendera Malaysia!

PALEMBANG - Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA XXVI, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali mengesahkan bahawa isu tentang Jalur Gemilang tidak cukup jalurnya diselesaikan semalam.

Katanya, isu yang dimainkan oleh salah sebuah rangkaian televisyen Malaysia tentang Jalur Gemilang selesai selepas pihak penganjur sudah membuat perubahan dan mendapat semula bendera baru dari Jakarta.

"Saya mendapat maklumat ini semalam (kelmarin) dan telah memberitahu kepada penganjur tentang kesilapan tersebut dan hari ini (semalam) mereka telah menukarkannya dengan bendera yang betul," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Rangkaian televisyen swasta itu melaporkan Jalur Gemilang yang dinaikkan ketika atlet terjun negara, Yeoh Ken Nee menerima pingat emas itu mempunyai jalur yang kurang daripada 14 jalur seperti sepatutnya dan turut mendapatkan penjelasan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng.

"Saya sudah mendapat laporan daripada penganjur bahawa kali ini mereka sudah menyediakan bendera Malaysia yang sepatutnya dan amat menyesali kesilapan tersebut. Saya harap perkara ini tidak berulang lagi.

"Semalam ketika saya menghadiri upacara penyampaian pingat dalam acara billiard saya juga menyedari kesilapan tersebut dan selepas ini saya berharap ia tidak lagi menjadi satu isu yang besar," katanya.

Dalam pada itu kekecohan antara media Malaysia terus berlaku di Pusat Akuatik Jakabaring pada hari terakhir acara renang semalam, kali ini mereka bukan sahaja tidak membenarkan media Malaysia masuk tetapi turut menunjukkan isyarat lucah. - Utusan

1 comment:

  1. "Semalam ketika saya menghadiri upacara penyampaian pingat dalam acara billiard saya juga menyedari kesilapan tersebut dan selepas ini saya berharap ia tidak lagi menjadi satu isu yang besar," katanya.


    Kepala hotak die kata : selepas ini berharap ia tidak lagi menjadi satu isu besar..

    lu sudah memalukan bendera malaysia~!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: